Tuesday, December 14, 2010

KENANGAN DI SEKOLAH

saya mula masuk ke sekolah skbbs2 pada 1 Januari 2006.
pada tahun 2006, saya berumur 8 tahun bersamaan dengan tahun 2. kawan pertama yang menjadi
kawan saya ialah Jannah, juga kawan baik saya sehingga tahun 6.
kemudian saya berkawan dengan Syazwani, iaitu kawan baik kedua saya.
and then saya berkawan dengan Razlin, Aina, Rasyidah, Syuhadah, Iman Damia, Fara, Atika,
dan ramai lagi..
kemudian, pada tahun 4 saya mula berkawan dengan Syakirah, juga kawan baik saya.
pada tahun 6, saya dan Aidah mula menjadi kawan baik.
walaupun Aidah dah lama belajar di skbbs2, tapi saya dan dia mula rapat pada tahun 6.
pada tahun 2, guru kelas saya adalah Cikgu Norihan, guru kelas saya pada tahun 3 ialah Cikgu Fairuz,
pada tahun 4, guru kelas saya adalah guru sama, Cikgu Fairuz, pada tahun 5,
Cikgu Fatimah,
dan yang terakhir, guru kelas pada tahun 6 ialah Pn.Choo...
tahun yang saya tak dapat lupakan ialah tahun 6, kerana terdapat banyak perkara yang terjadi pada tahun 6.
saya paling sukakan tahun 6 kerana pada tahun itu,seluruh tahun 6 adalah tuan rumah skbbs2, jadi terdapat banyak majlis yang dibuat untuk kami. yang paling saya tak dapat lupakan ialah semasa semua pelajar tahun 6 hendak mengambil ujian peperiksaan UPSR, dan saya juga tak dapat melupakan majlis graduasi
yang dibuat untuk kami. dan saya juga tak boleh lupakan hari terakhir kami bersama pada
16 november 2010, dan tempat terakhir kami semua berkumpul ialah di KFC bandar baru selayang.
saya akan menyimpan semua kenangan kami bersama.
bila kami semua dah dewasa, apabila ada majlis Reunion, kami hendak membangkitkan semua sejarah dan kenangan kami sewaktu di tahun 6.
kami semua dah berjanji yang kami akan selalu berhubung.
saya cuma nak mengucapkan beribu-ribu berjuta-juta terima kasih kepada kawan baik saya
kerana selalu berada di samping saya tak kira susah atau senang, tanpa mereka siapalah saya.
saya juga hendak mengucapkan teramat terima kasih kepada guru-guru kerana bersusah payah
mengajar kami, cikgu juga sudi menolong menyelesaikan masalah kami. dan kami semua ingin memohon maaf kerana banyak menyusahkan cikgu, tapi cikgu tetap melayan kami dengan baik
walaupun kami banyak meyusahkan hati cikgu. kami semua hormat dengan kesabaran dan ketulusan hati cikgu apabila cikgu mengajar kami.
sekian saja.

No comments:

Post a Comment