Sunday, December 5, 2010

HARI JADI YANG PALING INDAH

hari akhir persekolahan bagi tahun 2010 adalah pada hari selasa 16 november 2010.
sempena hari terakhir ini semua guru tahun 6 mengadakan jamuan perpisahan di restoran kfc bandar baru selayang. kami mula berkumpul di depan kfc pada pukul 4 petang. kawan baik saya meminta saya dan Syakirah menunggu di luar sebentar. tidak lama kemudian, mereka memanggil kami masuk ke dalam.

setelah duduk di meja yang di sediakan, guru yang saya sayangi bernama Pn Choo memanggil saya untuk pergi ke sebelahnya. tanpa disangka-sangka, saya melihat mereka mengeluarkan sebiji kek. serta-merta saya rasa terkejut, tetapi dalam hati saya merasa amat terharu kerana pada tarikh 16 november ini juga adalah merupakan hari jadi saya. rupa-rupanya mereka telah merancang lebih awal.

saya ingin mengucapkan terima kasih kepada razlin dan keluarga kerana bersusah payah membeli kan kek yang kami kongsikan bersama seluruh warga tahun 6 serta guru-guru kami.

hari terakhir persekolahan di sekolah rendah ini merupakan memori yang sangat indah.

No comments:

Post a Comment