Saturday, April 30, 2011

wo hen lei

korang korang! korang tau tak?! (tatau.. -.-)
ok, hari ni kan.. aku penat gila bangkai kau tau?!
hari ni aku pergi kenduri cousin aku, pagi2 lagi family aku sampai kat rumah cousin aku,
then.. sampai je kat sana, aku terus mandi... uhuhu.. aku tak mandi lagi time tuh.. *hah! kantoi sudaa
then lepas aku mandi, aku pakai baju kurung and terus make up muka aku.. (hasilnya? ahakz! cantik! XD)
then, aku pakai tudung... (actually, shawl)
pastu, time tu pagi lagi.. so kenduri tu belum start lagi..
aku just round round jadi tukang tengok orang buat kerja..
*dah macam orang batak lah pulak.. = ='
then, aku round round lagi.. sampai dah nak dekat tengahari..
partner aku untuk jadi bunga telur girl dah sampai..
kiteorang panggil dia baby sebab dia comel dan badannya kecik...
padahal sebaya... 13 tahun, dia tu sangat comel!!
(AIDA! JANGAN TUKAR TOPIK!!)
ok ok.. pastu..
kiteorang makan tengahari jap sebelum mula kerja tanpa gaji..
nasi minyak... =P
sedap gila!! (ceh~ memang la sedap.. aku ni pecinta nasi = =')
pastu, usai makan..
aku terus cari baby nak mula kerja
time tu still awal lagi, so kiteorang amik kerusi, duduk jap..
sembang2, lepak2
mula2 kata "boringlah" "bila nak mula kerja ni?" "hey! sumpah bosan lah!"
tapi last2
bila semua tetamu sampai..
haa kau!!
tercabut lutut aku!!
baby pun dah asyik mengadu kaki dia sakit...
sama lah dengan aku..
tapi, nasib baik ada kawan cousin aku tolong jugak..
kalau tak, mau je aku mati pengsan kat dalam kemah tu... -.-" (eh... mati pengsan?? sebenarnya mati ke pengsan?? entah.. aku pun tak atu.. ah! mampos lah)
then, bila kiteorang penat, kiteorang rehat jap..
makan aiskrim.. ^_^
tapi yang penatnya..kiteorang dok jelajah 9 kemah semata-mata nak cari tetamu mana lagi yang tak dapat cenderahati..
ditambah lagi dengan gelagat manusia yang macam2 perangai..
(sabor jele aida oi)
tapi.. tak kisah lah tu, asal aku tolong orang buat kerja dengan hati yang ikhlas sudah...
*ikhlas kerr?? (hey! ikhlas la!!)
ngee~ <3
teringat dulu, waktu aku kecik, dapat banyak tempahan jadi flower girl
sekarang ni dah naik pangkat jadi bunga telur girl pulak..
then, naik pangkat lagi jadi pengapit pula!!
ahakz! XD pastu naik lagi pangkat jadi pengantin pula!! (heiysh aida! toksah pikir lagi pasal kawin lah! baru 13 tahun! PMR pun tak lepas lagi! mengada-ngada tol lah budak perempuan ni!)
umm, tu je...
tapi.. pasni aku kena jadi bunga telur girl lagi, bila haa?
bulan 5 kot..
kenduri kawan aku punya abang.. kawin ahh of course
namanya AZIRAH & AZURIN.. ^_^
bersedia lah untuk kaki aku tercabut sekali lagi.. tapi aku tak kisah sebab aku suka buat kerja2 macam ni.. nasib baik la..
ok lah.. tata~

Thursday, April 28, 2011

H3PY BER$DeY!! XD

hari ni....
hari yang....
istimewa buat seseorang!! XDhttp://www.emocutez.com
nak tau??  (kalau tak nak tau... sila blah dari entri ni!!!http://www.emocutez.com  sebelum aku belasah kau sampai jadi macam ni --> http://www.emocutez.com)


ehem.. ok, anyway..
hari ni birthday ayah aku! ^_^
happy birthday daddy! love you so much until i die!! :D i love you forever and ever...http://www.emocutez.com
LOL...
anyway, i love you ayah!! 

Tuesday, April 26, 2011

single mingle triangle rectangle..!

umm, ok...
finally.... i'm free...
u know what i mean??
i am single and available......


yeah... that's right...
aku broke up dengan si dia...
25 april 2011..
uh huh... kelmarin... : /


tapi aku tak sedih.... :o
sebab.. dia dah tak sayang aku...
and aku pun dah tak sayang dia!! XD


so aku tak kisah..
so...
aku rasa tu je kot..
tak ada benda lain pun..


ok lah!!
bubye everybody!
have a nice day!! >.<

Saturday, April 23, 2011

panas!!

fulamak walaweh!! panas panas!!! XD
humm, sebenar nye tak panas pun.. -.-"
aku tengah boring ni...
tak tau nak buat apa...
umm. dah lah! dah lah!
bye... =P

Tuesday, April 19, 2011

Sejarah Menarik Tentang Getah :)

semua orang mesti ada kampung masing2 kan kan?? :D
(Kampung Baru kat KL tak main laa... = =')
ada orang yang kampung dia kampung nelayan, ada yang kampung kat sawah padi, ada jugak orang kat kawasan ladang getah..
kampung aku ada ladang getah... (memang la ada ladang getah.. takkan ada KLCC pulak..)
kadang2, bila aku balik kampung, cousin aku selalu carik biji getah untuk di buat main congkak.. jeng jeng jeng... jangan pandang belakang congkak (dengan suara yang agak menyeramkan...huhu)






ni haa... =D ada something menarik yang korang WAJIB baca.. ya! diulangi... WAJIB!!


Sejarah getah di Malaysia

POKOK getah pertama dan tertua di Malaysia ditanam pada tahun 1877. Ia masih hidup dan dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini. Pokok getah  ini merupakan satu-satunya pokok getah pertama yang masih hidup daripada sembilan pokok getah asal yang ditanam di Tanah Melayu ketika itu.
Pokok getah bukanlah tanaman asal Malaysia. Ia mula dijumpai di Hutan Brazil. H.N. Ridley adalah orang yang bertanggungjawab membawa getah ke Kuala Kangsar. Beberapa biji getah telah ditanam di Sri Lanka dan sebahagian lagi di bawa  ke Malaya (Malaysia) dan ditanam di Kuala Kangsar.
Penanaman getah secara komersial di Malaysia bermula pada 1902 dan terus berkembang hingga menyumbangkan pendapatan eksport paling tinggi bagi Malaysia sehingga 1970-an.
PETIKAN DARI WIKIPEDIA-SEJARAH RINGKAS
1496 Christhopher Columbus membawa balik cerita-cerita pelik seperti kisah sebiji bola yang boleh melambung. Orang-orang di Pulau Haiti di Laut Carribean membuat bola permainan ini dari gam sejenis pokok.
Ahli kimia Inggeris bernama Joseph Priestley mendapati bahan ini boleh memadam tulisan dengan cara menggosoknya . Perkataan Inggeris 'rub' telah ditukar kepada 'rubber' yang bermaksud pemadam.
1820 Thomas Hancock berbangsa Inggeris telah mencipta mesin yang dapat melembut , mencampur dan membentuk getah. Akhirnya dapat membuat barang-barang pengguna . Kain yang disalut dengan larutan getah boleh menjadi kain kedap air.
1823 kain berlapis getah pertama dicipta.
1839 Charles Goodyear secara tidak sengaja mencipta bahan volkanan getah. Akhirnya tayar kereta tercipta daripada getah. (FULAMAK!! SECARA TAK SENGAJA TUH!!! DASYAT!! :D)

1850-an getah datang dari benua Amerika Selatan di mana pokok getah ditanam secara liar dengan iklim yang panas dan lembab. Getah telah dimajukan untuk membuat hos, tali penyangkut , lapik lantai dan kasut.
1876 Sir Henry Wickham diminta oleh Pejabat India untuk mengumpul dan mengirim 70,000 biji getah liar dari Brazil ke Kew Garden di London. Biji getah ini disemai dalam rumah panas yang khas.
1877 sebahagian biji getah tadi ditanam di Sri Lanka dan kemudian ke Malaysia dan Asia Tenggara lain.
1888 Henry Nicholas Ridley dilantik sebagai Pengarah Kebun Botanik Singapura. Beliau menyimpan biji getah di dalam poketnya dan diedarkan kepada orang ramai untuk ditanam.
1900 terdapat 2500 hektar kebun getah di Asia.
Henry Ford mula membuat kereta dan permintaan terhadap tayar getah meningkat secara mendadak.
1910 terdapat 500,000 hentar tanah yang ditanam pokok getah di Asia. Enam juta hektar pokok getah masih belum mencukupi untuk menampung permintaan tayar getah

Sunday, April 17, 2011

12 Most Beautiful Places In The World

aku tengah bosan, so aku bukak google...
aku tulis... "the most wonderful places in the world" :D
then, aku ade jumpa satu website ni...
aku unn click la..
bende pertama yang appear dalam otak aku...
*muka batak... "whoa... sangat awesome!!!"
cantik sangat tempat2 tu!
ni haa...

Wizards' Town, Gent, Belgium


The Enchanted Forest, Oberursel, Germany


Magical Lagoon, Mount Cook, New Zealand

Sorcerer's Castle, Lausanne, Switzerland

Knights' Ship, River Elbe, Germany

 Emperor's Palace, Versailles, France

Prince Charming's Castle, Gstaad, Switzerland


Golden Pagodas, Bagan, Myanmar


  The Faraway Tree, Oxfordshire, UK


Rapunzel's Tower, Huddersfield, UK

Hobbit's House, Dordogne, France


Warlocks' Castle, Stonehaven, Scotland












haa! cantik ark??
cantik kan? cantik kan??
aku suka sangat! heish, kalau aku kaya~
aku pergi melancong kat situ!
huu... nampaknye berangan jela aku nih!
:') anyway.... thanks for reading this entri!!! =D

Friday, April 15, 2011

budak lelaki memang jahat!

watak dlm entri ni..
member aku = A, N & Z
2 watak lelaki dlm ni = F & S








korang korang! semalam kan...
kawan aku menangis....
ok ok.. aku tau, mesti korang nak cakap..
"eleh.. kawan menangis pun nak kecoh.."
sebenarnya tak...
korang tengoklah tajuk kat atas tu!
sebenarnya gini cite nye..
ada lah geng2 mamat kat kelas kiteorang ni...
salah seorang mamat dari geng tu..
hehe, aku dengan dia... huhu.. faham2 jela..
semua mamat tu, ejek A "pulau"
aku, dengan 2 orang member aku sebenarnya tak faham apa maksud pulau tu..
(fyi, bukan pulau pangkor, pulau redang, pulau tioman or pulau cherating yang berbagai2 tuh!)
so, aku dengan N aku nak tau apa maksud pulau.. so,
aku dengan N aku tanya kat dorang.. apa maksud pulau..
tapi.... masalahnya... aku tak tau penyakit apa yang dorang kena sampai dorang tak nak bagi tau kiteorang..
aku dengan N paksa dorang bagi tau... tapi dorang
tetap tak nak kasi tau..
pastu, kiteorang dengan hampanya menyusun langkah pergi ke meja kami semula..
pastu, aku dengan N terdengar geng mamat2 tu bisik2...
"weh, A tu.. bla bla bla.. Aida dengan N tanya bla bla bla... A bla bla... pulau.. bla bla bla... paksa kita bla bla bla.... PANAU... bla bla..."
A tak dengar sebab time tu A tengah buat kerja..
aku dengan N dah pandang2 sesama kiteorang sebab kiteorang terdengar dorang cakap PANAU..
terus kiteorang report kat A...
A bengang siot!
A menyumpah-nyumpah mamat semua tu tanpa pengetahuan dorang..
pastu A terus menangis...
aku dengan N dah cuak..
terus aku dengan N pergi kat S..
kiteorang bagi tau dia yang A menangis..
S pulak lagi macam bangang.. dia pergi cakap "MAMPOS DIA LAH...!!!!!" dengan nada yang kuat lagi menyeksa kan hati...
pastu, aku dengan N bagi tau A yang S cakap camtu.. A cakap dia dah tau sebab S cakap terlalu kuat.. dia yang duduk jauh dari S pun boleh dengar...
A menangis lagi teruk bila S cakap camtu dekat dia..
pastu A cakap tu sebenarnya bukan panau..
waktu dia kecik dia pakai make up
dia alahan dengan make up..
sebab tu la kulit dia jadi camtu..
baru kiteorang tau...
A menangis sampai balik..
nasib baik time tu mata pelajaran yang terakhir.
kiteorang pujuk A.. tapi dia tak nak berhenti menangis..
asyik jatuh je air mata dia.. kesian aku tengok..
nasib baik kawan kiteorang, Z..
bawak tissue..
muka Z dah merah sebab bengang dengan semua mamat tu!
aku duduk sebelah A.. senang sikit aku nak pujuk A..
aku cakap... nanti aku bincang dengan dorang..
pastu aku suruh dia berhenti menangis...
AT LAST! berhenti pun air mata dia..
tapi mata dia tetap merah...
pastu, aku balik rumah... lepas aku makan malam, N hantar message kat aku..
ni haa message yang die hantar..
"wei, kau tak yah la nak ejek2 A.. kesian dia doe aku tengok dia.. nangis sampai tak henti2.. kau takde perasaan ke?? biar je la muka dia ada panau pun, bukan nya kacau hidup korang pun.. (N).. aku bagi kat Q.." (Q adalah mamat yang aku cakap tadi... yang... "faham2 jela")
aku tersengih bila baca message tuh..
(btw, aku tulis message tu sebijik dengan apa yang N hantar kat aku!)
pastu aku call Q..
   (aku color purple, Q color aqua)

tut tut... tut tut... tut tut...
hello?
hello..
haa, kenapa?
weh... kenapa awak ejek A pulau??
dah muka dia.... (dengan nada yang perlahan dan serba salah)
awak tau tak kenapa muka dia jadi camtu??
tak..
sebenarnya muka dia jadi camtu sebab waktu dia kecik, dia pakai make up.. kulit dia alahan dengan make up... sebab tula muka dia jadi macam tu... bukan sebab panau..
ohh...
lain kali awak jangan panggil dia pulau lagi tau..
ok..
umm, pesan kat kawan2 awak sekali...
ok..
ummm... ok la.. tu je nak cakap..
bye..


tanpa berkata apa2, dia terus matikan talian...!
tak guna punya jantan! dia tau tak yang hati aku sakit and pedih bila dia buat macam tu?!?!
dulu... bukan main lagi! cakap kat phone, bila nak matikan talian.. cakap benda2 yang romantik...
sekarang?!?!
apa?!
kita cakap bye, terus letak phone!!
kalau nak mengelak pun, at least cakap la bye!!!
ni tak! terus je letak! betul la kawan aku cakap,
lelaki memang selalu berubah and memang langsung tak tau nak jaga hati perempuan! lelaki memang sukar diramal!!
kalau kau dah tak sayang aku, tak payah la nak
bercintan cintun dengan aku lagi! BUANG MASA tau tak?!
pergi mam*** la semua geng mamat tak guna tu!!
semua lelaki sama je!
I HATE BOYS!!!!!

ada 2 kesalahan lelaki kat dalam post entri ni kalau korang tak perasan..

1st- mereka mengejek kaum hawa! (geng2 mamat tu ejek A)
2nd- kerja dorang cuma buat perempuan terluka! (conversation antara aku and Q)

bukan niat saya untuk mengutuk kaum adam, tapi saya cuma geram.. itu je...
luka kat hati aku masih belum sembuh... masih terasa pedihnya... masih terasa lagi peritnya.. masih parah lagi luka di hati aku..
aku takkan maaf kan dorang selagi dorang tak minta maaf dengan kiteorang... hati aku takkan sejuk selagi dorang tak sedar kesalahan yang dah dorang lakukan!

again and again...

umm, sangat sedih lah...
perkara yang sama berlaku sekali lagi...
lagi sekali aku buat kawan aku marah....
sekali lagi aku buat kesilapan..
aku dah janji dengan diri aku yang aku takkan ulangi lagi..
nampak nya aku tak boleh nak tunaikan janji aku dengan diri aku sendiri
what should i do??
aku takut aku kehilangan lagi...

























=(
























kuat kan semangat aida!

Friday, April 8, 2011

wah!!! aku budak batak

ngee~ comel la gary!!!
aku rasa korang akan tau kenapa aku letak gambar gary... -.-
XD weh weh! tadi kan.. aku pergi pasar dengan parents aku, aku sebenarnya memang
dah biasa dengan keadaan pasar...http://www.emocutez.com
kiteorang pergi pasar sebab parents aku nak cari bahan masakan... ^_^
jalan punya jalan punya jalan...
sekali, ayah aku berhenti kat satu tempat ni... kat situ ada jual banyak ulam!!
ayah aku pun, ambik satu batang kacang botol..
aku ingat kan ayah aku nak beli kacang botol tu...
rupanya....http://www.emocutez.com
ekkk!!!! amende tu??
ayah aku tunjuk kan aku kacang botol tu...
aku nampak ada siput kecik kat situ...http://www.emocutez.com
eeee~!
aku dengan mak aku dah tergelak... ayah aku pulak tersengih tengok siput tu..
ok laa... pastu kiteorang pun blah dari kawasan ulam-ulaman..
kiteorang pergi kat tempat ikan pulak
dah beli ikan, usha2 semua tempat...pastu ayah aku tanya..
"nak beli ulam ke?"  pastu mak aku cakap ape ntah... aku tak dengar sebab aku tengah kusyuk
usha pasar tu macam orang batak...
pastu sekali tetiba, mak aku cakap "entah, tanya la aida"
aku tersentak... "eh..apa2??" ayah aku tanya "nak ulam apa?"
ngee~ of course laa... aku cakap ulam favorite akuu.... KACANG BOTOL...
wahahaha!!http://www.emocutez.com
aku pun cakap laa.. "kacang botol!! yang ada siput babi..." yeah!!
secara spontan perkataan tu keluar dari mulut aku...
parents aku dah gelakkan aku... aku tersengih jee...
kiteorang pun pergi sana...
aku tanya ayah aku, "mana siput babi tadi??" ayah aku balas dengan ayat yang sangat aku suka..
"entah, dah pergi sana kot" sambil tunjuk ke suatu arah   OMJAYYY.... = ='
apa laa...
then ayah aku suruh ambik gambar aku...
aku dengan tak malu nya........................................ POSINGGG!!!!!
fuhaha! orang tengah ramai....
aku pulak posing sambil pegang ubi kayu..... ceh...
bajet model la aku ni! dah la pegang ubi kayu, kalau pegang telefon blackberry or iphone,
tapela jugak... = ='
pastu kiteorang pun pergi tesco sebab ada barang lagi yang nak kena beli...
THE ENDDD........................

Saturday, April 2, 2011

saya sangat bosan

korang tau tak aku tengah bosan sekaring ni? (= =' mesti kah tak tau kan??)
anyway... hmm...BOSANNYA!
sekarang ni aku kat hospital.. tengah tengok nenek aku.. nenek aku sakit.. :'(
sedey sangat2! aku sekarang ni dalam bilik tamu,bukak blog and fb...
kat sini ada wifi, so amik kesempatan bukak internet.. -.-
nasib baik jugak, aku ada bawak buku novel skali... kalau parents aku pakai laptop,
boleh la aku baca novel...
ngeee... tajuk novel ni KEMBALIKAN KEBAHAGIAANKU..
best!! =D
ok, seriously.. aku tak tau nak cakap apa -.-
emm... ok  lah..bye